Thursday, April 28, 2011

hidup tak lengkap tanpa 'mu'

kalau sehari x minum teh mesti x sah..
pagi, tengah hari, petang or malam pasti nak kena pekena teh..

yang paling aku suka teh o panas atau ais.. kalau tambah lemon lagi best..
tambah pulak laici untuk kelainan rasa..
sekarang ni ada macam2 produk teh dipasaran..

antara pilihan aku ialah, Lipton, Dilmah , Akhbar.. selain tu aku suka perisa earl grey and ceylon.. x pun teh bunga..


sebenarnya ada byk kebaikan teh yang masih ramai x tahu..
antaranya adalah:
# membangkit semangat dan meningkatkan daya ingatan
# boleh menurunkan berat badan
# menyejukkan badan atau menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
# Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
# dan byk lagi.. ( dah mals nak copy n paste...google je sendiri ok.. :D)



^_^ x pernah jemu minum teh.. <3

Tuesday, April 26, 2011

Sembunyi



Misha feat Andy Floppy

Percikan sinar matamu singgah di hati
Bergetar bibirku bisu sukar mengerti
Pantasnya diri tertawan
Tak sempat berkelip aku kau punya

Biarpun mengutus ilham menuju jiwa
Teguhmu suatu raga melamar rasa
Biar pun kita mencuba

Sembunyi .. namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kata memang sarat merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Bertentang mata sebentar
Dihanyut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terasa ke mana
Renungan aku nak alih

Bertentang mata sebentar
Dihayut angan
Tersentap lalu ku sedar diperhatikan
Sedangnya diri terrasa ke mana
Renungan aku nak alih

Sembunyi ….namunkan terlihat
Yang jelas di wajah
Kita sememangnya sarat
Merasakan cinta
Bagaikan bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati
Bintang-bintang di malam
Cerah beri cahaya
Tak terhalang menyinari segala

Walau kita cuba sembunyi
Namun terlihat segalanya yang
Tersimpan di hati


pss//: try to hide from someone..

Sunday, April 24, 2011

apa2 aje

masih lagi di tempat kerja.. mula nak balik dah, tapi ramai lagi yang datang makan..
hmm dia pun ade juga..suke2.. esok dia dah start exam..
wish him good luck..

perut aku pulak kejap sakit kejap x..
konon nak wat invois, last2 berinternet dr ptg tadi je kejenya.. at least ade gak sumting yg aku add kat blog aku yg dah boring ni..

aku pun kadang bukannye rajin sgt nak updated blog ni.. kawan2 pun x tau aku ada blog.. tapi aku follow dorang senyap2.. huhu..

sometime i think they 4get me already..

whatever...
Aduh, tak larat pulak rasanya hari ni.. selalunya tak de lah sakit macam ni.. tapi kali ni sakit sangat.. mencucuk-cucuk rasanya..




hmm, org perempuan memang sinonim dengan perihal senggugut ni.. Senggugut atau bahasa perubatannya dismenorea adalah kesakitan yang dialami ketika permulaan period.. tapi tak semua perempuan mengalami kesakitan yang sama..

sebagai perempuan kita sepatutnya mengambil tahu tentang tubuh kita.. jika kesakitan dialami semakin teruk adalah baik segera berjumpa doktor.. (cewah macam pakar pula aku ni :D)

GEJALA PMS



aku tertarik dengan artikel tentang PMS.. agaknya perubahan emosi yang kualami sebelum ini ada kaitannya dengan PMS.. sepanjang minggu lepas memang emosi aku tak stabil.. mudah nak marah dan menangis..

untuk maklumat lanjut apa kata pergi je kat link dibawah ni.. malas nak explain byk2..

http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/pms-bukan-hal-main-main.aspx

so, see u next time..

oh malam

mata oh mata kenapa x mahu lelap??
malam ni x mengantuk pulak..
selalunya waktu macam ni dah tido n dibuai mimpi..
mimpi?? jarang2 dpt mimpi.. selalunya tido mati sampai ke pagi.. haha
kalau bermimpi pun kadang2 mungkin aku yang asyik dok ingat kat org tu.. macam hari tu.. mimpi dia..haha kelakar sgt..


biasalah tu mimpi hanya mainan tidur..

habis je tgk AF9, berfacebook plak.. now blogging time..
patutlah mata ni x tido.. ade je aktiviti yang nak buat..
esok kan weekend..(padahal esok aku keje)
hmm whatever

Monday, April 11, 2011

aduhai hati

hatiku ini memang pelik. kadang suka dan kadang tidak.. tapi yang pastinya hati ini kini telah mula menyukai seseoang.

setiap hari pasti ternanti2. tapi bila ada depan mata langsung tak buat apa2.. hope dia tak perasan aku suka kat dia..

mungkin sebab dia ada ciri2 yang aku suka.. hmm.. x perlu la aku detailkan camne orangnya.. apa yang pasti dia simple dan gemar teh sama macam aku..

cuma tulah aku tak pasti yang dia ni single lagi ke tak.. selalunya macam dia tak kisah pun tentang aku.. tapi bila dia tegur aku semalam, hati terus berbunga riang.. baru tegur sikit dah perasan.. ish3. tapi kalau orang lain pun mestilah suka kalau org yang diminati tu tegur kita kan??

harap sgt kami dapat berkawan dan saling kenal.. tapi tu lah, aku ni segan dan malu nak mulakan.. lagipun dia dah nak exam besar. maklumlah student tahun akhir.. mesti dia nak fokus pada study..

aku cuma dapat doakan dari jauh agar dia berjaya. mungkin dia tak tahu, tapi aku harap dia dapat capai cita2nya tu..

hate to be like this

sejak dua menjak nie, i cant handle my emotion.. asyik nak naik angin je.. then sgt2 la sensitifnya.. tak tahulah kenapa.. kalau pagi ok nanti petang i jadi bad mood. x pun pagi bad mood petang dah ok..
mybe tekanan kerja atau pun terlalu penat.. memang sekarang ni busy ckit dan kdg terpaksa balik lewat.. tapi aku akan tetap bertahan.