Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru

Alhamdulillah. Exam saya dah habis..Moga dapat masuk KULLIYAH> AMIN.. Yeah, sekarang masa untuk enjoy.Haha..Sekarang ni baru sahaja masuk cuti sem.. Nasib baik exam habis awal, kalau tak 2 tahun la nak ngadap exam.. hehe (exam period from 28dec to 13Jan). So before balik Johor, singgah dan lepak beberapa hari dirumah kakak terchenta.

Aktiviti yg dibuat adalah tengok tv, main game POU, tengok muvie. And masak2.. cewah jadi masterchef la konon2. Time cuti ni la i nak belajar masak. So semalam sempatlah masak nasi goreng tomyam dengan puding kastard berkuah. Teringin plak nak try masak sendiri. selalu kedai yg masakkan. Hehe.Main campak2 aje. Tak ikut sangat pun resepi yg digoogle. Just guna bahan apa yg ada kat rumah.

Meh sini nak share resepi nasi goreng TomYam ala Kangkung :)

Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi putih (yg color len x mau)
6 batang cili padi (nak pedas letak extra ye)-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang merah-tumbuk
2 batang fish cake (kalau letak udang/sotong lagi sedap. tp xde. hehe)
1 batang serai dihiris nipis
3 helai daun limau purut dihiris juga
1 mangkuk kecik sayur campur (actually boleh guna carrot+bunga kobis/kobis)
2 sudu besar Perencah TOMYAM THAi
Garam secukup rasa
Minyak
Telur ayam dah basuh (sukahati nak ke taknak taruh)

Caranya:

Tumiskan bahan yg ditumbuk. Pastu fish cake + serai, limau purut and paste Tom Yam. tambah sikit air kalau kering. Masak beberapa minit. Selepas itu masuk sayur. Bila sayur dah hampir masak , masukkan nasi dan sebatikan.Buat lobang kat tengah2 and pecahkan telur. Sebatikan lagi. Tambah garam ikut citarasa. Boleh tambah PASTI SEDAP KNORR supaya lagi sedap... Dah siap hidang. Selamat Mencuba.

P/s: Gambar x dapat nak display atas masalah technikal. ;)

Friday, December 28, 2012

Last Paper

Lega bila satu lagi paper (EPT) dah selesai. Tinggal 1 saja lagi Arabic.. How's my exam? Hmm so far ok, but today's paper a bit disspointed me. Pada aku section Reading agak susah. Actually i tak cukup masa nak jawab. :( But its ok, saya dah berusaha, dan tinggal berdoa dan tawakkal. How about tomorrow? hehe macam senang je ye Paper Arabic. Sempat berblog lagi ni. Hehe Saya dah study gak tadi :). Baiklah now i nak concentrate with my revision. Salam tahun baru..
اراجع الدرس مع صديقي

Thursday, December 27, 2012

Saturday, August 11, 2012

‪Dude Harlino feat. Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta (Ost Dalam Mihrab Cin...




Tak pernah terlintas di benakku
Saat pertama kita bertemu
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku
Memboncah di hati harapan dan suci
Menyatukan janji

Bunga-bunga cinta indah bersemi
Diantara harap pinta padanya
Tuhan tautkanlah cinta di hati
Berpadu indah dalam mihrab cinta

Sunday, July 15, 2012

berzaman sudah

nampaknya dah berzaman x update blog.. nasib baik password masih ingat lagi.. walaupun perut masih sakit lagi, tp masih boleh berinternet. huhu.. syukur ada kurang sikit pedih kat perut ni. sayu je td bila abah coll. mengadu sakit perut/gastrik dah dua hari.. td pergi lagi klinik kat bukit antarabangsa tu, doktor bg ubat yg lebih kurang dengan yg aku dpt kat klinik area opis semalam.. tp still sakit walaupun dah mkn ubat.nak mkn pun xde selera walaupun lapar. makan sikit pun aku dah muntah balik. abah kata kalau esok lusa x baik gi je hospital. HOSPITAL? owh takut aku dengar. huhu.. ni rasenya 1st time sakit perut yg berlarutan hingga berhari-hari.. entah betul gastrik ke tak aku tak pasti. Yelah kot kalau doktor bgtau camtu. actually yg aku nak share sebenarnya ialah aku dapat offer sambung belajar lagi. syukur.. nampaknya terpaksalah aku meninggalkan Aeon Credit Service dengan berat hati.. lagipun kontrak aku habis 29 july ni. kira oklah. cuti sebulan before sambung study..
nampaknya perut aku dah mula berangin semula.. aku nak rehat dulu.. >>>>> jaga kesihatan. sabar bila diuji. tandanya Allah sayang

Tuesday, January 31, 2012

2 hari Training

Yuhuuu........ Hari ni last atend induction tarining di Aeon Credit Service..
Esok Cuti hari wilayah.. Yeepi..

So far enjoy join the training.. Untroduction about the company structure, policies, product and so on. Best juga la dengan ade game and presentation.. n makan free (hehe.. jimat duit belanja)

Kiranya company ni besar and ramai staff.. Aku department finance di level 29.. tapi belum start kerja lagi.. so khamis nanti baru tau scope keje camne.. working hours 9-6. sabtu cuti 4 kali.. kalau jumpa sabtu ke 5 dlm bulan tu kena keje full day or buat half2..

Contract semua dah sign.. so aku akan berkhidmat selama 3 bulan shj.. oklah sambil nak tunggu untuk masuk upu.. rasanya better aku sambung belajar dulu..

oklah.. nanti next week i menumpang duk umah my sis balik, so byk masa tuk internet.. hehe.. tupun kalau balik keje tak penatlah.. mesti busy pasni.. Babai

>", hope everything gonna be alright

Sunday, January 29, 2012

Malam AJL 26


hehe.. malam ni akan berlangsungnya AJL 26.. So melekat la kat depan tv dari jam 9 mlm.. (ala merlin xde lagi minggu ni.. sob2 ) tak sabar nak tengok persembahan artis-artis yang bertanding malam ni..

12 buah lagu akan dipertandingkan antaranya ialah:

# Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
# Beribu Sesalan - 3 Suara (Ning, Jac, Shila)
# Awan Nano - Hafiz
# Karma - Faizal Tahir
# Kisah Hati - Alyah
# Penakut - Yuna
# Gadis Semasa - Yuna
# Cinta Muka Buku - Najwa Latif
# Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
# Kalau Berpacaran - Ana Rafali, Suhaimi Meor Hassan, Altimet
# Kekanda Adinda - Atilia, Monoloq
# Sungai Lui - Aizat

Nampaknya yang bertanding malam ni semua hebat-hebat.. Tak boleh nak ramal siapa juara kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.. Tengok sahaja macam thn lepas, tak disangka juara nya adalah ana rafali..

Walau pe pun favorite lagu aku malam ni adalah lagu kisah hati, sedetik lebih and beribu sesalan.. mungkin lagu awan nano dan kalau berpacaran ada chance juga..

pepun keputusannya cuma akan diketahui malam ini shj.. So mari ramai2 kita menyokong industri muzik kita.. oh yeah!

---> Juara di hatiku hanya kamu...