Tuesday, January 31, 2012

2 hari Training

Yuhuuu........ Hari ni last atend induction tarining di Aeon Credit Service..
Esok Cuti hari wilayah.. Yeepi..

So far enjoy join the training.. Untroduction about the company structure, policies, product and so on. Best juga la dengan ade game and presentation.. n makan free (hehe.. jimat duit belanja)

Kiranya company ni besar and ramai staff.. Aku department finance di level 29.. tapi belum start kerja lagi.. so khamis nanti baru tau scope keje camne.. working hours 9-6. sabtu cuti 4 kali.. kalau jumpa sabtu ke 5 dlm bulan tu kena keje full day or buat half2..

Contract semua dah sign.. so aku akan berkhidmat selama 3 bulan shj.. oklah sambil nak tunggu untuk masuk upu.. rasanya better aku sambung belajar dulu..

oklah.. nanti next week i menumpang duk umah my sis balik, so byk masa tuk internet.. hehe.. tupun kalau balik keje tak penatlah.. mesti busy pasni.. Babai

>", hope everything gonna be alright

Sunday, January 29, 2012

Malam AJL 26


hehe.. malam ni akan berlangsungnya AJL 26.. So melekat la kat depan tv dari jam 9 mlm.. (ala merlin xde lagi minggu ni.. sob2 ) tak sabar nak tengok persembahan artis-artis yang bertanding malam ni..

12 buah lagu akan dipertandingkan antaranya ialah:

# Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
# Beribu Sesalan - 3 Suara (Ning, Jac, Shila)
# Awan Nano - Hafiz
# Karma - Faizal Tahir
# Kisah Hati - Alyah
# Penakut - Yuna
# Gadis Semasa - Yuna
# Cinta Muka Buku - Najwa Latif
# Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol
# Kalau Berpacaran - Ana Rafali, Suhaimi Meor Hassan, Altimet
# Kekanda Adinda - Atilia, Monoloq
# Sungai Lui - Aizat

Nampaknya yang bertanding malam ni semua hebat-hebat.. Tak boleh nak ramal siapa juara kerana apa-apa sahaja boleh berlaku.. Tengok sahaja macam thn lepas, tak disangka juara nya adalah ana rafali..

Walau pe pun favorite lagu aku malam ni adalah lagu kisah hati, sedetik lebih and beribu sesalan.. mungkin lagu awan nano dan kalau berpacaran ada chance juga..

pepun keputusannya cuma akan diketahui malam ini shj.. So mari ramai2 kita menyokong industri muzik kita.. oh yeah!

---> Juara di hatiku hanya kamu...

Baru ku Tahu

Esok start keje di Aeon Credit Service. Hari tu lagi Hr dia col aku minta bawa gambar pasport dan penyata kwsp.

Penyata KWSP? Aku terfikir-fikir, mana nak dapat? Huhu sebelum ni keje macam main-main je coz xde carum. And paling parah aku sendiri tak tahu no ahli aku.. Bagus sungguh kan..

Yang aku tahu memang aku ada akaun KWSP. Tupun masa aku keje seminggu lepas abis blj kaqt diner club. Then keje kat hydro pun memang company tak buat caruman. After that keje ngan Taiko Kitchen.. Yang ni mula-mula tak carum juga, pastu my sis kata ada wat caruman gak.. Setahun keje tapi aku langsung tak ambik tahu pasal KWSP ni..

So bila untuk keje baru ni baru sibuk cari info mana nak dapat penyata.. Debgan bantuan encik google so aku masuklah laman web KWSP..http://www.kwsp.gov.my

Rupa-rupanya penyata kita boleh print dekat kiosk pintar dia. Tadi pergi la bangunan KWSP yg dekat Sogo tu. Senang je, masukkan ic, scan cap jari then ikut je arahan kat mesin tu. Dah dapat penyata. Cuma sebab keje xde carum, balance cuma RM36 je.. Ish2. (so keje cafe pun xde carum atau masuk akaun lain?? Hmm kena tanya my sis ni)

Kalau nak akses akaun online boleh juga melalui i-akaun. Tapi kena daftar dulu la.. Sama gak guna je mesin yg sama untuk daftar and login.. Senang je. Now aku dah ade akses i-akaun. nak semak apa-apa senang. nak semak penyata pun boleh..

---> hari ni baru tahu no ahli Kwsp.. daftar tahun 2010 lg.. haha..

Friday, January 27, 2012

Sudah jatuh terduduk

Penatnya rasa.. tadi sampai my sis house dah kul 3.30 ptg.. lama tgu tren.. sabar je lah..
esok balik umah sewa dan isnin dah start keje.. hatiku berdebar-debar dah ni.. macam mana ye tempat keje baru nanti. Hope dpt suaikan diri cepat and opismate hopely friendly2..

Td cek duit dlm bank, still belum masuk lagi.. adui.. Bila lah boss lama aku ni nak byr?? masalahnya untuk bln nov balance rm450 lagi.. Just tengok next week mana tahu ade... Haritu kata nak bagi 21, tp bni dah 27.. Patutlah aku benti jer..

I sabar je dulu.. now, nak kena fikir mcm2 coz gj utk keje baru lmbt lg, Dugaan betul.. kenalah berjimat cermat..mcm mana nak survive ni?? malu juga rasa, dah keje tp x dpt bg parents duit..
abah siap offer nak bg duit untuk byr blj kereta. tp seganlah.. xpelah abah, saya ada duit kalau tak sangkut kat boss lama aku tu.

p/s: Ya Allah murahkanlah rezekiku, luaskan pintu rahmatmu,hindarkan aku dari kesempitan hidup...

Friday, January 20, 2012

Melihat ke luar jendela

Sekejap je dah masuk pertengahan January 2012. Sekarang tengah bercuti sampai next week. Esok balik kampung.. Yeah! Lepas habis cuti bermula kisah baru. Macam mana agaknya nanti dengan tempat kerja baru.. Hope semuanya okey.

Syukur aku dapat juga kerja dalam bidang account ni.. Tapi ada takut sikit, yelah experience xde lagi ni.. Tapi at least selama 3 bulan akan datang aku harap dapat belajar sesuatu.

Nampaknya hasrat nak sambung belajar kenalah tangguh dulu.. Walaupun tak berjaya untuk intake february ni, tapi aku masih boleh apply untuk intake akan datang..

Nampaknya masa yang ada ni bolehlah aku spend untuk meneruskan karya yang dah lama terbengkalai. Huhu.. Bukannya apa kadang tade idea dah... Tapi aku memang nak siapkan juga. Saja nak cuba nasib.. mana tahu boleh dikembangkan bakat terperam.. haha..

Kadang tu bila ada idea penyakit malas pula datang.. haha.. nak2 dah dua hari ni aku demam. adui, dengan selsema lagi.. suara pun dah hampir takde ni.. so yang aku rajin buat buang masa je depan tv or berinternet.. (hehe syok bila umah ni ade unifi.. Lajus.....)

Okie lah, makcik nak layan blog somebody yang i jumpa video dia translate lagu ke bahasa melayu.. kreatif.. Sedap juga lagu-lagu dia yg versi BM tu dan boleh dilayan..

.....> ;)mari layan lagu jap...


Fly me to the moon/Let me sing among those stars/Let me see what spring is like/On jupiter and mars/In other words, hold my hand/In other words, darling kiss me/Fill my heart with song/Let me sing for ever more/You are all I long for/All I worship and adore/In other words, please be true/In other words, I love you