Thursday, January 3, 2013
Tahun Baru
Alhamdulillah. Exam saya dah habis..Moga dapat masuk KULLIYAH> AMIN..
Yeah, sekarang masa untuk enjoy.Haha..Sekarang ni baru sahaja masuk cuti sem.. Nasib baik exam habis awal, kalau tak 2 tahun la nak ngadap exam.. hehe (exam period from 28dec to 13Jan). So before balik Johor, singgah dan lepak beberapa hari dirumah kakak terchenta.
Aktiviti yg dibuat adalah tengok tv, main game POU, tengok muvie. And masak2.. cewah jadi masterchef la konon2. Time cuti ni la i nak belajar masak. So semalam sempatlah masak nasi goreng tomyam dengan puding kastard berkuah. Teringin plak nak try masak sendiri. selalu kedai yg masakkan. Hehe.Main campak2 aje. Tak ikut sangat pun resepi yg digoogle. Just guna bahan apa yg ada kat rumah.
Meh sini nak share resepi nasi goreng TomYam ala Kangkung :)
Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi putih (yg color len x mau)
6 batang cili padi (nak pedas letak extra ye)-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 biji bawang merah-tumbuk
2 batang fish cake (kalau letak udang/sotong lagi sedap. tp xde. hehe)
1 batang serai dihiris nipis
3 helai daun limau purut dihiris juga
1 mangkuk kecik sayur campur (actually boleh guna carrot+bunga kobis/kobis)
2 sudu besar Perencah TOMYAM THAi
Garam secukup rasa
Minyak
Telur ayam dah basuh (sukahati nak ke taknak taruh)
Caranya:
Tumiskan bahan yg ditumbuk. Pastu fish cake + serai, limau purut and paste Tom Yam. tambah sikit air kalau kering. Masak beberapa minit. Selepas itu masuk sayur. Bila sayur dah hampir masak , masukkan nasi dan sebatikan.Buat lobang kat tengah2 and pecahkan telur. Sebatikan lagi. Tambah garam ikut citarasa. Boleh tambah PASTI SEDAP KNORR supaya lagi sedap... Dah siap hidang.
Selamat Mencuba.
P/s: Gambar x dapat nak display atas masalah technikal. ;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Happy new year lil C-sor..
Wah.. tengah exam jugak lah ni ye.. hehe
Do the best and good luck on your exam ^^
Thank you for the recipe too.. hehe
Post a Comment