Selepas habis kerja, pasti Fahmi akan singgah di Verandah Cafe. Jika sebelum ini tujuannya hanya mencari brownies, namun tidak lagi kini. Ada sesuatu yang lebih menarik hatinya untuk tetap berkunjung.
Fahmi selalu rindu untuk menatap wajah gadis yang manis dengan senyuman dan ramah. Sejak perkenalan pertama dia sudah terpaut.
Lantas segera dia mendail apabila teringatkan Liana.
"Hai hunny.." ujar Fahmi mesra apabila talian di hujung sana telah dijawab.
"Assalamualaikum.. Ada apa telefon nie?" jawab Liana yang sememangnya terkejut dengan panggilan Fahmi malam-malam begini.
"Waalaikumussalam.. Saje nak dengar suara awak.. Boleh tak? Tadi siang saya datang cafe tapi awak tak ada pulak,"
"Oh saya cuti hari nie. Saya nak tidur dah nie,"mendatar sahaja suaranya.
Sebenarnya Liana cuba mengawal perasaannya. Gembira kerana mendapat panggilan dari Fahmi. Tidak mahu jika Fahmi mengetahui perasaannya.
Selama ini mereka tidak pernah lagi berbicara melalui telefon.Sms pun amat jarang. Hanya berbual-bual apabila Fahmi datang ke cafe.
"Laa, hunny dah nak tidur ke? Awal lagi laa.. Hmm baru ingat nak ajak sembang," ujarnya hampa.
"Esok awak free tak?" tanyanya kemudian.
"Esok memang cafe tutup. So saya duduk rumah saje kot. Why?
"Nak pinjam awak esok boleh? Saya nak bawa awak pergi jalan-jalan nak?" tanyanya lagi.
"Tengoklah dulu macam mana," Liana cuba untuk jual mahal. Dalam hati sebenarnya excited.
"Tak payah la tengok-tengok. Awak nak tengok apa saje kat rumah tu sayang. Please say yes darling," rayunya. Lembut suaranya.
'Ceh, memang dasar lelaki. Kalau bercakap dengan perempuan bukan main lagi. Ingat orang boleh cair la tu. Tapi memang aku dah cair pun awal-awal lagi'
Setelah membisu agak lama, akhirnya Liana bersetuju juga untuk mengikut Fahmi esok.
Mungkin ini boleh dikatakan first date. Aduh Liana perasan tak habis-habis. Baru ajak keluar sekali dah perasan. Entah-entah dia nak tempah brownies. Bisik hatinya.
Segera Liana menekup mukanya ke bantal. Malu kerana berangan yang bukan-bukan.
Tanya sama pokok apa sebab goyang,
Pokok nanti jawab angin yang goncang,
Tanya sama angin apa sebab goncang,
Angin nanti jawab tanyalah awan..
Awan nanti kata 'aku kandung air, sampai tempat sejuk aku pun cair'
Lihat dalam kolam nampak satu bayang,
campak satu batu bayang pun hilang....
No comments:
Post a Comment